-->
skip to main | skip to sidebar

hani

Aku muncul kembali

Assalamualaikum.

Hai . Makna nama aku cahaya kegembiraan semua . tapi dalam blog aku gelarkan diri aku F je, bukan saja mengggedik tknk org tahu nama aku cuma aku rasa nama aku adalah rahsia aku di blog. ya aku dah lama buat blog ni. blog ni lama dah wujud tpi aku menyepi lepas aku heartbroken hahahahahaha yang follow aku pun tahu siapa aku. aku menyepi pun sbb aku rasa dah tak perlu menaip cerita sedih sedih lagi bila dah jumpa kebahagiaan aku dan jumpa aku yg sggup sedih sama sama dgn aku. siapa dia? kawan baik aku dunia akhirat yg dulu selalu ada salah faham.

Aku rasa nak mula bercerita di blog pun lepas aku rasa tkde guna untuk bercerita dkt org tpi org hebahkan cerita suka duka kita tu kan? org selalu ckp "sebaik mana pun kawan kita layan kita semesra cemana sekali pun mesti ada sebutir secubit sifat marah dengki tak suka dia kepada dri kita ni" dan lepas tu aku sedar siapa aku siapa kawan aku siapa teman aku siapa keluarga aku.

Before aku mula nak bersuara balik dlm blog ni.. aku check la older post aku semua, hahahahhahahahahahahaha ya lawak dan bodoh sgt lawak kisah hidup aku dulu, semua kisah kisah sedih aku cerita kan, bodohnya ialah aku ceritakan kisah duka aku tu hanya dsbbkan boyfriend. ya tu masa aku muda muda masa aku mentah lgi aku tulis tu tpi skrg? dewasa kah aku? matangkah aku? tak. aku masih remaja. tpi permikiran aku dah cecah kematangannya, tpi fasa brp? aku pun tkthu, baru fasa pertengahan mungkin, apa apa pun aku sudah sedar dan matang untuk berfikir, tpi tak cukup matang untuk kenal apa itu dunia sebenar.

Niat aku sebenarnya untuk bercerita kisah suka duka aku, tpi bila nak menaip kisah duka je yg aku selalu teringat, apa punca dan sebab? aku pun tkthu, title apa untuk aku coretkan untuk post ini pun aku masih buntu, aku suka menulis, tpi hanya sekadar kisah hidup aku, aku ada 2 ke 3 buah buku diari yg penuh dgn ayat ayat sastera aku, kenapa? sbb aku rasa diari je yg faham aku yg sanggup layan apa aku nak cerita, dan bagi aku... menulis itu adalah satu kejujuran yg besar buat kita semua, tak percaya diam, percaya angguk kepala. yg masih nafikan kata kata aku.... cuba kau dduk sorang sorang dalam bilik, dduk dgn tenang dan selesa, sediakan kertas dan pensel ditangan, dan mula melukis, percaya dgn aku, pasti ada banyak coretan yg kau orang akan buat, yg jenis main cakar je tu, pasti kau sedang dilanda masalah kalau tkde masalah juga pasti kau orang buntu dgn apa yg hendak korang lukiskan dan kau orang bertindak dgn menconteng. dan percaya dgn kata kata aku? aku bukan nak korang percaya aku ke apa aku cuma nak kau orang rasa dan fahami knp aku suka menulis dan menaip ni.

Aku suka bercerita, aku becok ya aku becok tapi becok aku adalah habit yg buruk dimata aku, terkadang aku sentiasa bercakap benda yg jujur, bagus sebanarnya, tpi terlampau jujur tu yg sgt sgt tak bagus, sbb tu bila aku nak luah perasaan aku suka menulis sbb kalau kau luah melalui record voice, kau pasti akan kelu, bukan malu tpi kaku untuk bercerita sbb dgn senangnya kau boleh berbohong semasa kau bercakap. dan aku tak suka sebenarnya bercerita dan luah perasaan dkt kwn baik aku sbb dgn senangnya mudahnya aku akan alirkan air mata aku, aku sensitif ya itu aku, diri aku, kau tiada hak untuk melarang sifat semulajadi yang Allah kurniakan kepada aku. dan aku pun tkda hak untuk tak suka dgn sifat aku.

Aku dah buntu, kakak dan adk aku masuk bilik dan buat bising dan aku terus buntu untuk menaip dan terus bercerita, sbb tu aku kata nak menulis kena dduk sorang sorang dlm bilik supaya kau tenang untuk bercerita. dan sekarang aku rasa nak stop menaip, dgn berasa rendah diri aku berundur dulu sebelum terlajak cerita yg bukan bukan, aku tktahu nak tamatkan cerita ni mcm mana, jadi penamatan aku hanyalah ucapan salam.

Assalamualaikum.
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

No comments:

Post a Comment

Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
In My Heart
Assalamualaikum

Followers

 
please dont copy anythingg here , Thank You