-->
skip to main | skip to sidebar

hani

birthday planner?

Assalamualikum.

apa khabar semua? semoga sihat la ye. tak tahu nak letak tajuk apa pasal cerita aku ni, sbb aku rasa banyak benda aku nak story, lama dah tak buka blog kan? busy la tkde masa nak buka laptop. tahun ni aku dah tak sekolah huhu seronok gila sbb tak payah fikir pun pasal homework and kena iron baju sekolah, 2 benda tu je aku tak suka pasal sekolah tapi aku suka pakai baju kurung sekolah haha entah kenapa aku pun tak tahu.

Aku rindu nak training teater dkt sekolah, bayangkan betapa pulunnya aku training dgn minat aku tu sampaikan aku dinobatkan pelakon pembantu terbaik wanita peringkat negeri paling tak pernah aku sangka yg aku dapat pergi peringkat kebangsaan doh, gila la kan, aku pun susah nak caye time tu, masa tu bersyukur sgt aku dpt belajar dgn ckg zul even dia tu senanya ckg seni lukis and ckg noraizan pula ckg BM tapi ni la hasil dia bila dah berusaha selama 2 tahun, aku bahagia.

Masa aku nak SPM sikit pun tak takut, aku rasa aku main main je even study tu ada la juga, aku risau sampaikan jerawat naik satu muka doh waduh gawat gila aku time tu haha tpi aku still chill jela en, bila tgh exam en aku tengok member aku beria pulun study aku risau la juga tpi entah la kenapa aku ni payah na nak study, aku mmg tkleh study depan org, susah nak focus, kadang sbb aku rasa mcm menunjuk-nunjuk pula en, so aku memain jela, tpi sekarang rasa mcm menyesal main main je even result SPM tak keluar pun lagi, hahaha.

Ha alang-alang dah cite pasal time exam ni en, ni aku nak cerita kisah sedih dalam 2015 aku, birthday aku masa tengah spm tau, but tak kisah la en bagi aku kalau aku ni penting diorg hargai aku kalau tak penting diorg buat dont know, actually aku ada jadi birthday planner nak surprise kan kawan baik aku ni aku ulang kawan baik hehe, beria aku weh, buat wa group discuss cane nak prank dia pe semua, lepas tu time tu pula kita orang ada rombongan  sekolah pergi istana budaya, actually weolls sume beria nak pergi sbb nanti singgah IOI CityMall hahaha sebab tu ramai sgt nak pergi, lepas tu masa sampai IOI tu aku la beria alihkan pandangan kawan baik aku ni bawa dia pergi jalan jalan sana sini, yg lain aku minta diorang pergi carikan kek, masa tu kedai cake murah murah tkde la en situ haha so aku minta diorg belikan cake secret recipe beli 7slice weh bayangkan la beria tknk beli 2kg tu, bukan apa duit tak cukup la hahaha kelakar juga rasa.

Then, trip kitorang pergi ke taman botani, kat situ la tempat kitorang nak surprise kawan baik aku tu, masa tu yg tukang bawa cake tggu kt tmpt pejabat taman botani tu, then aku bawa kawan baik aku tu pergi bergambar kt satu tempat, memasing dah kumpul situ, lepas tu aku pggil member yg bawa cake ni datang kat kitorang, senyap senyap aku pergi drpd tmpt selfie tu haha, pastu aku dgn member aku ni slow slow dtg nyanyi lagu, aku pun happy tengok kawan baik aku happy seronok je rasa dapat buat dia bahagia. before pergi taman botani aku cari kedai tudung belikan shawl untuk kawan baik aku ni, harga? tak payah cite la kan, brg kat IOI tu mana je yg murah? tpi aku belikan sbb ikhlas, dah lama jadi kawan baik tapi tak pernah bagi dia hadiah so tu la aku belikan. okay itu satu.

Yang second punya birhday boyfriend aku, yang ni takde la aku pulun sangat tapi beria gak la gi beli cake pastu celeberate after buka puasa, bfore sampai kedai aku gi singgah beli cake dulu dah sampai kedai g ktorang nak buka puasa tu aku simpan cake dkt orang kedai, lepas makan diorg gi solat, then bila bf aku sampai member dia yg lain pula dtg sbb nak siapkan kerja, then aku pun gi la ambik cake tapi aku tak pegang cake sbb aku pun gugup hahaha, kawan baik bf aku yg pggkan, bf aku tengah leka buat kerja ktorg dtg nyanyi lagu birthday, dia pun segan segan je yang aku ni kaku malu gak hahahaha, habis tu habis habis gitu jela, aku kena balik awal sbb aku tumpang member aku, dia kena balik awal then aku ikutkan jela.

Ni kira aku nak cerita la yg aku beria sambut birthday diorang, hm maybe aku terlampau berharap sangat kut, sbb time birthday aku nothing pun weh, sedih? tak la sangat tapi aku kecewa juga, awal pagi ada breakfast kt sekolah aku, tah mcm mana tah air milo boleh tumpah dkt kain aku, spoiled mood betul dah tu, tpi senyum la senyum, yg sedih bila kawan baik sendiri buat dont know je, lepas tu aku rasa cara dia layan aku teruk sangat, aku sedih. boyfriend? dia ada dia bagi gift tapi tah la aku still hampa gila, aku hargai apa dia bagi aku suka je but aku still kecewa, pastu kawan baik lelaki aku nyanyi lagu birthday en serious hambar gilaaa, aku gelak gelak suh diorg stop actually sebab hambar bukan sebab malu, but ya aku hargai sangat hargai tapi kecewa, and aku balik dengan muka entah tak tahu la jenis apa punya muka.

Petang tu member ajak keluar gi makan, aku okay jela, paling tak okay bila aku pula yg nak kena tunggu diorg kt bawah pokok pstu yg baru lepas hujan tu, kau tahu tak cemana perasaan dia tu? sakit hati doh, pastu dia punya lambat sampaikan aku boleh balik gi simpan lauk dalam tupperware dulu pastu dtg balik bawah pokok tu pun diorg still tak jelma jelma lagi, haih sabar je la kan, nak buat lagu mana lagi, dah gitu nasib kita hm haha, tapi yela, tu semua ketentuan ALLAH, apa yang berlku mesti ada hikmah dia, aku terima dengan hati yang terbuka.

Assalamualaikum.
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
In My Heart
Assalamualaikum

Followers

 
please dont copy anythingg here , Thank You