-->
skip to main | skip to sidebar

hani

life in Matrikulasi semester 2

Assalamualaikum...

aku tabahkan hati and tanam azam aku nak belajar rajin rajin sem2 ni. aku tknk focus on menari sgt. aku taknak kerap lepak sangat. aku nak focus n studies. tapi bila aku berubah. semuanya hilang. aku hilang kawan baik. aku hilang gelak tawa aku. aku hilang kegembiraan aku kt matrik aku hilang kawan yang selalu dengar cerita aku. tapi ada satu yang tambah iaitu kutukan. aku dengar banyak kutukan banyak cerita belakang tapi aku tetap tabah.

ini lah cabaran dan dugaan yang Allah bagi untuk aku. aku percaya ada hasilnya bila aku teruskan bersabar. aku teruskan life mcm biasa. aku buat pembaharuan.

tiap hari aku akan tidur pukul 10.30pm dan bangun pukul 4.30am . aku bangun aku mandi terus solat tahajud then aku study lepastu solat subuh dan sambung study. pukul 7.20 aku turun cafe untuk breakfast. sepanjang sem2 aku tak pernah skip breakfast aku. and aku nampak peningkatan aku in studies. Alhamdulillah.

tapi semua tu berakhir bila aku jadi leader untuk team teater and ceo untuk biznes HARUM. sebab aku selalu training malam and balik pukul 12am selalunya. tak cukup masa nak rehat sometimes aku rasa nak giveup pun ada tapi Alhamdulillah roommates aku banyak support aku. bila semuanya dah settle aku sambung balik rutin harian tidur awal aku tu. aku coverbalik semua subj yang aku lambat nak catchup.

Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. aku habiskan final aku dgn buat benda yg aku tak pernah buat kt matrik. mcm buat kerja gila naik bukit awal pagi yg full of kabus kt matrik. mcm kt genting highland weh serious. then 2 last paper aku. aku pergi jawab exam with makeup yg on point bangat haha

aku jarang makeup pergi kelas. cukupla lipstick makmah aku haha. aku tinggalkan matrik dengan perasan yang bermacam macam. aku sedih nak tinggalkan roommates tapi aku happy nak tinggalkan classmates hahaha

result sem 2 keluar. aku check dgn takde apa apa harapan. aku redha je apa yg aku dapat. aku taknak harapkan apa apa pun. "ya Allah Alhamdulillah syukurrr" :"betul ke aku punya ni" tulah kata kata yang keluar bila aku check result. aku dapat 3.65. aku tak sangka sgt. besar peningkatan aku buat.

waktu ni aku sedar. Allah tengok usaha kita. walaupun banyak keluhan aku tapi Allah tetap beri apa yang aku dah usahakan. so guys keep on buat apa yg korang impikan. sesungguhnya Allah akan beri apa yang kita usahakan. and jangan tinggalkan solat langsung. ingat Allah sentiasa ada dengan kita.

Alhamdulillah...
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments

life in Matrikulasi semester 1

Assalamualaikum...

sebenarnya aku takut nak masuk matrik ni. sebab semua tahu kan student kat matrik ni semuanya pandai pandai. dan aku bukan drpd golongan itu. aku sedar diri aku. berbekalkan 1A aku masuk matrik dgn harapan aku takkan repeat matrik. second intake but ramai student yg result SPM diorg berderet deret A. how i know? sbb aku ketua aras 4 blok C1. aku collect borang butiran diri and aku check hahaha. 

first day aku masuk matrik aku dah langgar peraturan dia hehe. aku tahu tak boleh pakai jubah but aku pakai juga. kenapa? saje nak break the rules huhu. yeap tu mmg diri aku. jenis suka langgar peraturan ikut sesuka hati but aku ni amanah orangnya haha. and masa daftar aku kena tegur dengan Puan Mulia. haa sape study dkt kmns tu tahu la puan mulia tu siapa. 

dah daftar terus dapat no bilik. bilik aku c1.4.1 haaa kauuu. jenuh kedalam sanaaa. blok aku paling tinggi and paling dalammm punya. blok aku ada tangga mini batu cave. tangga yg membuatkan semua org diam bila mendaki hahaha. korang org paling rugi kalau study kat matrik tapi tk pernah jejak mini batu cave. 

aku redha je. aku tahu Allah tempatkan aku kt sini ada hikmahnya. mungkin untuk bgi peluang dkt orang yang tak mampu nak jalan jauh. dan aku mampu jalan jauhh dan naik smpi tingkat 4. aku homesick sebulan kt situ sebab tak jumpa member yang kepala ting tong macam aku lagi. aku tiap hari nangis. dah la masa tu tengah puasa. sahur sorg sorg buka sorg sorg.

roommates? ada 2 orang. sorang indian sorang lagi melayu. tapi yang melayu tu jenis tak banyak cakap. dia suka buat hal dia je. makan masa satu sem juga la aku nak ngam dengan dia. first class aku class akaun. Alhamdulillah semuanya okay aje. jumpa classmates yang nice. terima kasih ya Allah. 

okay nak cerita semuanya mmg takkan pernah habis la kan. so aku pendekkan cerita. aku masuk matrik sbb nak cepat degree sbb aku nak cepat kahwin hehe. life kdt matrik mmg worse la untuk aku sbb more to academic. aku kan minat tetaer minat coco so bosan la kat matrik ni. 

kat matrik ada kmns got talent. so aku join. aku dgn member baik; bella create team WND which is Waris Negeri Dancer. kitorang menari tarian zapin. so wnd ni jela yang menghiburkan hari hari aku dkt matrik. tiap ptg ktorg training tiap ptg aku enjoy moment dkt matrik. kalau tkde menari ni mmg aku rasa tak best lgsg kt matrik ni. 

punya la beria ktorg menari sampaikan satu matrik kenal wnd and kitorang dipanggil untuk menari dkt kmj masa KAKOM. best sgt sgt. rasa macam retis gituww. masa ni dah habis sem1 dah. result sem1 aku teruk sangat. aku dapat 3.18 je. mula mula aku happy sbb lepas 3 pointer tpi lepas classmates aku dtg and bgithu result diorg aku jadi sedih sgt sebab semuanya tinggi tinggi. aku rasa diri aku ni bodoh sgt. rasa mcm tak layak nak stay dekat matrik ni. ya Allah.

sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments

life before in Matriculation

assalamualaikum semua...
diam tak diam skrg dah 2017 dan aku pun tengah menganggur tunggu nak masuk degree.and guess what? sampai skrg aku tak sangka aku dah habis study dekat matrik. okay. nak cerita sikit moment aku lepas ambil result SPM.

aku macam biasa pergi ambil result dgn kwn kwn. taknak paretns ikut sbb aku tahu limit otak aku sampai tahap mana. aku tahu aku tak dpt bagi apa yg diorg impikan. aku tak sebijak kakak aku. aku masuk dewan dengan harapan hope result aku memuaskan hati. lepas habis umumkan pelajar yang dpat 6A keatas. aku cepat cepat lari pergi ambil result kt ckg aku.

Alhamdulillah.
perkataan pertama yang aku lafazkan. syukur 1A for akaun. aku pun tak sangka akaun aku boleh A.
then aku dapat offer masuk form6. parents aku pun bagi galakan masuk form6. aku pun pulun bljr for sem1 course akaun.

weekend. otw ke IOI citymall. aku tergerak hati nak check result matrikulasi second intake eventho aku tak buat rayuan pun. ya Allah. serious aku terkejut. aku ditawarkan bljr di kolej matrikulasi negeri sembilan selama 1tahun untuk course perakaunan. aku nak menangis pun ada. tanpa fikir panjang aku terus setuju nak masuk matrik. aku bgithu parents aku. ayah aku orang paling happy sekali. aku tak pernah tengok ayah aku happy sampai mcm tu sekali. Alhamdulillah...




sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments

birthday planner?

Assalamualikum.

apa khabar semua? semoga sihat la ye. tak tahu nak letak tajuk apa pasal cerita aku ni, sbb aku rasa banyak benda aku nak story, lama dah tak buka blog kan? busy la tkde masa nak buka laptop. tahun ni aku dah tak sekolah huhu seronok gila sbb tak payah fikir pun pasal homework and kena iron baju sekolah, 2 benda tu je aku tak suka pasal sekolah tapi aku suka pakai baju kurung sekolah haha entah kenapa aku pun tak tahu.

Aku rindu nak training teater dkt sekolah, bayangkan betapa pulunnya aku training dgn minat aku tu sampaikan aku dinobatkan pelakon pembantu terbaik wanita peringkat negeri paling tak pernah aku sangka yg aku dapat pergi peringkat kebangsaan doh, gila la kan, aku pun susah nak caye time tu, masa tu bersyukur sgt aku dpt belajar dgn ckg zul even dia tu senanya ckg seni lukis and ckg noraizan pula ckg BM tapi ni la hasil dia bila dah berusaha selama 2 tahun, aku bahagia.

Masa aku nak SPM sikit pun tak takut, aku rasa aku main main je even study tu ada la juga, aku risau sampaikan jerawat naik satu muka doh waduh gawat gila aku time tu haha tpi aku still chill jela en, bila tgh exam en aku tengok member aku beria pulun study aku risau la juga tpi entah la kenapa aku ni payah na nak study, aku mmg tkleh study depan org, susah nak focus, kadang sbb aku rasa mcm menunjuk-nunjuk pula en, so aku memain jela, tpi sekarang rasa mcm menyesal main main je even result SPM tak keluar pun lagi, hahaha.

Ha alang-alang dah cite pasal time exam ni en, ni aku nak cerita kisah sedih dalam 2015 aku, birthday aku masa tengah spm tau, but tak kisah la en bagi aku kalau aku ni penting diorg hargai aku kalau tak penting diorg buat dont know, actually aku ada jadi birthday planner nak surprise kan kawan baik aku ni aku ulang kawan baik hehe, beria aku weh, buat wa group discuss cane nak prank dia pe semua, lepas tu time tu pula kita orang ada rombongan  sekolah pergi istana budaya, actually weolls sume beria nak pergi sbb nanti singgah IOI CityMall hahaha sebab tu ramai sgt nak pergi, lepas tu masa sampai IOI tu aku la beria alihkan pandangan kawan baik aku ni bawa dia pergi jalan jalan sana sini, yg lain aku minta diorang pergi carikan kek, masa tu kedai cake murah murah tkde la en situ haha so aku minta diorg belikan cake secret recipe beli 7slice weh bayangkan la beria tknk beli 2kg tu, bukan apa duit tak cukup la hahaha kelakar juga rasa.

Then, trip kitorang pergi ke taman botani, kat situ la tempat kitorang nak surprise kawan baik aku tu, masa tu yg tukang bawa cake tggu kt tmpt pejabat taman botani tu, then aku bawa kawan baik aku tu pergi bergambar kt satu tempat, memasing dah kumpul situ, lepas tu aku pggil member yg bawa cake ni datang kat kitorang, senyap senyap aku pergi drpd tmpt selfie tu haha, pastu aku dgn member aku ni slow slow dtg nyanyi lagu, aku pun happy tengok kawan baik aku happy seronok je rasa dapat buat dia bahagia. before pergi taman botani aku cari kedai tudung belikan shawl untuk kawan baik aku ni, harga? tak payah cite la kan, brg kat IOI tu mana je yg murah? tpi aku belikan sbb ikhlas, dah lama jadi kawan baik tapi tak pernah bagi dia hadiah so tu la aku belikan. okay itu satu.

Yang second punya birhday boyfriend aku, yang ni takde la aku pulun sangat tapi beria gak la gi beli cake pastu celeberate after buka puasa, bfore sampai kedai aku gi singgah beli cake dulu dah sampai kedai g ktorang nak buka puasa tu aku simpan cake dkt orang kedai, lepas makan diorg gi solat, then bila bf aku sampai member dia yg lain pula dtg sbb nak siapkan kerja, then aku pun gi la ambik cake tapi aku tak pegang cake sbb aku pun gugup hahaha, kawan baik bf aku yg pggkan, bf aku tengah leka buat kerja ktorg dtg nyanyi lagu birthday, dia pun segan segan je yang aku ni kaku malu gak hahahaha, habis tu habis habis gitu jela, aku kena balik awal sbb aku tumpang member aku, dia kena balik awal then aku ikutkan jela.

Ni kira aku nak cerita la yg aku beria sambut birthday diorang, hm maybe aku terlampau berharap sangat kut, sbb time birthday aku nothing pun weh, sedih? tak la sangat tapi aku kecewa juga, awal pagi ada breakfast kt sekolah aku, tah mcm mana tah air milo boleh tumpah dkt kain aku, spoiled mood betul dah tu, tpi senyum la senyum, yg sedih bila kawan baik sendiri buat dont know je, lepas tu aku rasa cara dia layan aku teruk sangat, aku sedih. boyfriend? dia ada dia bagi gift tapi tah la aku still hampa gila, aku hargai apa dia bagi aku suka je but aku still kecewa, pastu kawan baik lelaki aku nyanyi lagu birthday en serious hambar gilaaa, aku gelak gelak suh diorg stop actually sebab hambar bukan sebab malu, but ya aku hargai sangat hargai tapi kecewa, and aku balik dengan muka entah tak tahu la jenis apa punya muka.

Petang tu member ajak keluar gi makan, aku okay jela, paling tak okay bila aku pula yg nak kena tunggu diorg kt bawah pokok pstu yg baru lepas hujan tu, kau tahu tak cemana perasaan dia tu? sakit hati doh, pastu dia punya lambat sampaikan aku boleh balik gi simpan lauk dalam tupperware dulu pastu dtg balik bawah pokok tu pun diorg still tak jelma jelma lagi, haih sabar je la kan, nak buat lagu mana lagi, dah gitu nasib kita hm haha, tapi yela, tu semua ketentuan ALLAH, apa yang berlku mesti ada hikmah dia, aku terima dengan hati yang terbuka.

Assalamualaikum.
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments

talking empty

Assalamualaikum.

Dengan perasaan yg penuh dgn kemarahan aku ucapkan salam kpd kalian semua. mood marah betul skrg ni. tajuk gua malam ni CAKAP KOSONG.

siapa suka org jenis cakap kosong ni? mustahil ada yg suka sbb manusia semua psti mengharapkan hasil lepas bermulanya perbincangan kan? okay meh gua nak cite sikit problem gua. maaf kpd sesiapa yg terasa dan tahniah kps yg sedar kesalahan anda kpd rakan anda.

gua ada satu projek baik punya for sekolah. next year gua senior so nak buat event paling hebat punya lah en lgipun sekolah gua tk prnah buat benda ceni emmm kesian kan, so gua nak pecah record buat event f5 punya. baik punya plan dgn member gua, gua dlm hal plan event ni mmg gua smgt sbb ni mmg minat gua, tpiiiiiiiii nak buat event besar be3sar ni mustahil gua kena pulun sorang kan, lgi pun gua anak dara, payah gua nak keluar merata cari tempat nak sewa buat event, gua pun tknk susahkan family gua yg tgah anak anak kecil ni. lgpin gua plan dgn sahabat macho gua 2 ke 3 org, mmg ngam sgt ah, tpi ktorg tk prnah plan benda ceni, so we started w tanya ckg tntg event ni, cikgu setuju ktorg senyum lebar, tanya pendapat budak batch semua setuju, nafas lega gua hembus. plan cun cun lah nak ada itu ini nak ada photographer nak ada presembahan nyanyian, makanan nak sesedap nak ada candy dgn photo booth lgi tu kawww  cun kan? plan baik masa tgah buka sekolah la, lepas ttup sekolah semua.................................senyap.....................sunyi sepi................burung berkicauan.................krik krik..................................

gua dah penat cari macam macam gua penat gua buat grp gua discuss dgn diorg gua bahagikan kerja untuk diorg dgn gua, gua kena kira duit brp nak kutip setiap sorg budak batch en tpi malang sunggu nasib gua masing masing senyap........

gua suruh member gua cari tempat event sbb gua mmg payah nak keluar cari atas sbb gua ada adk kecil tu la and dlm family ni pun gua mmg bertanggungjawab kena jaga adik adik gua so gua bgi jejakan tampan yg buat kerja tu, haaaa smpai dah part gua marah tdi ni.

gua balik kedah 1week gua dh tanya member gua dia kata tgh cari lgi okay gua pun okay je, lps tu gua holiday ke bandung 5 hri diorg senyap gua pun menikmati cuti cuti gua, gua hbis cuti dua contact dia tanya psal tempat tu cane ennnn then..... bluetick shj. ok aku harap semua tahu bluetick tu apa, bluetick tu yg kt ws tu, haaa tht means dia baca ws gua tpi dia tk respond. hmmm gua anggap dia busy la so gua okay je, lps tu kt grp ws pula dia bersuara so dia tgh free lah ni, dlm grp ws gua cakap gua kecewa dpt bluetick je dia th endahkan gua dia buat dek je weh spe tak hangin, kut sekali dua gua tk kisah ni 3 4 kali gua ulang tegur bagai dia buat dek je, bengang la en.

k gua terima sgt sgt if dia kata dia busy sbb sekurg kurgnya gua thu dia dh cari ke belum kan, even belum cari pun respond la kata sorry busy belum cari, AKU TERIMA, ni apa pun tak weh. sedih? ya gua sedih la juga, rasa mcm bodohnya aku terhegeh hegeh semangat sgt nak buat event ni padahal yg lain buat tk kisah je en. aku tknk pun diorg serba salah ke apa aku cuma nak komitmen diorg dalam plan ni je tu je aku minta. ok the end.

cerita habis

so moral of my story ni. kauorg kat luar sana toksah la buat kwn korg mcm ni, dia tk sedih sgt feel dia rasa mcm diri ni bodoh pstu marah, then bila gaduh ke merajuk ke apa dikatanya je marah benda kecik, ni bukn kecik ni benda besar dan kau yg telah besarkan benda kecik ni. aku harap yg membaca dpt ikhtibar la apa yg berlaku dkt aku, dan semoga mereka akan berubah dan sedar apa yg berlaku. smpi sini shj post aku so aku akhiri dgn ucapan salam

Assalamualaikum.
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments

Aku muncul kembali

Assalamualaikum.

Hai . Makna nama aku cahaya kegembiraan semua . tapi dalam blog aku gelarkan diri aku F je, bukan saja mengggedik tknk org tahu nama aku cuma aku rasa nama aku adalah rahsia aku di blog. ya aku dah lama buat blog ni. blog ni lama dah wujud tpi aku menyepi lepas aku heartbroken hahahahahaha yang follow aku pun tahu siapa aku. aku menyepi pun sbb aku rasa dah tak perlu menaip cerita sedih sedih lagi bila dah jumpa kebahagiaan aku dan jumpa aku yg sggup sedih sama sama dgn aku. siapa dia? kawan baik aku dunia akhirat yg dulu selalu ada salah faham.

Aku rasa nak mula bercerita di blog pun lepas aku rasa tkde guna untuk bercerita dkt org tpi org hebahkan cerita suka duka kita tu kan? org selalu ckp "sebaik mana pun kawan kita layan kita semesra cemana sekali pun mesti ada sebutir secubit sifat marah dengki tak suka dia kepada dri kita ni" dan lepas tu aku sedar siapa aku siapa kawan aku siapa teman aku siapa keluarga aku.

Before aku mula nak bersuara balik dlm blog ni.. aku check la older post aku semua, hahahahhahahahahahahaha ya lawak dan bodoh sgt lawak kisah hidup aku dulu, semua kisah kisah sedih aku cerita kan, bodohnya ialah aku ceritakan kisah duka aku tu hanya dsbbkan boyfriend. ya tu masa aku muda muda masa aku mentah lgi aku tulis tu tpi skrg? dewasa kah aku? matangkah aku? tak. aku masih remaja. tpi permikiran aku dah cecah kematangannya, tpi fasa brp? aku pun tkthu, baru fasa pertengahan mungkin, apa apa pun aku sudah sedar dan matang untuk berfikir, tpi tak cukup matang untuk kenal apa itu dunia sebenar.

Niat aku sebenarnya untuk bercerita kisah suka duka aku, tpi bila nak menaip kisah duka je yg aku selalu teringat, apa punca dan sebab? aku pun tkthu, title apa untuk aku coretkan untuk post ini pun aku masih buntu, aku suka menulis, tpi hanya sekadar kisah hidup aku, aku ada 2 ke 3 buah buku diari yg penuh dgn ayat ayat sastera aku, kenapa? sbb aku rasa diari je yg faham aku yg sanggup layan apa aku nak cerita, dan bagi aku... menulis itu adalah satu kejujuran yg besar buat kita semua, tak percaya diam, percaya angguk kepala. yg masih nafikan kata kata aku.... cuba kau dduk sorang sorang dalam bilik, dduk dgn tenang dan selesa, sediakan kertas dan pensel ditangan, dan mula melukis, percaya dgn aku, pasti ada banyak coretan yg kau orang akan buat, yg jenis main cakar je tu, pasti kau sedang dilanda masalah kalau tkde masalah juga pasti kau orang buntu dgn apa yg hendak korang lukiskan dan kau orang bertindak dgn menconteng. dan percaya dgn kata kata aku? aku bukan nak korang percaya aku ke apa aku cuma nak kau orang rasa dan fahami knp aku suka menulis dan menaip ni.

Aku suka bercerita, aku becok ya aku becok tapi becok aku adalah habit yg buruk dimata aku, terkadang aku sentiasa bercakap benda yg jujur, bagus sebanarnya, tpi terlampau jujur tu yg sgt sgt tak bagus, sbb tu bila aku nak luah perasaan aku suka menulis sbb kalau kau luah melalui record voice, kau pasti akan kelu, bukan malu tpi kaku untuk bercerita sbb dgn senangnya kau boleh berbohong semasa kau bercakap. dan aku tak suka sebenarnya bercerita dan luah perasaan dkt kwn baik aku sbb dgn senangnya mudahnya aku akan alirkan air mata aku, aku sensitif ya itu aku, diri aku, kau tiada hak untuk melarang sifat semulajadi yang Allah kurniakan kepada aku. dan aku pun tkda hak untuk tak suka dgn sifat aku.

Aku dah buntu, kakak dan adk aku masuk bilik dan buat bising dan aku terus buntu untuk menaip dan terus bercerita, sbb tu aku kata nak menulis kena dduk sorang sorang dlm bilik supaya kau tenang untuk bercerita. dan sekarang aku rasa nak stop menaip, dgn berasa rendah diri aku berundur dulu sebelum terlajak cerita yg bukan bukan, aku tktahu nak tamatkan cerita ni mcm mana, jadi penamatan aku hanyalah ucapan salam.

Assalamualaikum.
sudah baca . sila like . tggalkan comment anda

0 comments
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
In My Heart
Assalamualaikum

Followers

 
please dont copy anythingg here , Thank You